Wednesday, December 9, 2009

aku mahu ini..



aku mahu ini..sama-sama kita mahukannya...

Sunday, December 6, 2009

VIP? sepatutnya RIP...

Selamat Hari Raya Haji..aku tetap nak ucapkan pada semua walaupun ia dah berlalu..

Raya haji hari tu aku pegi kenduri kat besut..kawan aku kahwin..
Dalam perjalanan balik, aku berhenti untuk sembahyang zuhur di masjid besar kat jerteh..
Masa aku nak pergi ambil air sembahyang..aku terpandang satu bilik yang terkunci rapat..dan tertera tulisan pada pintunya.."TANDAS VIP"..

Makanya..aku berfikir...

Sampai kat masjid pun korang nak diskriminasi?ape kejadahnya ini?
Tidak mustahil nanti akan ada tempat ambil sembahyang VIP, tempat mandi mayat VIP, tempat sembahyang VIP, dan macam-macam lagi..
Cukup-cukup la pandang rakyat marhaen ni hina..sampai nak berkongsi tandas pun tak boleh??

VIP sepatutnya dah lama RIP..kita semua hamba tuhan..sama saja..

Wednesday, November 11, 2009

anjingkah?

Dua tiga hari lepas ada seorang budak darjah 6 mati lemas kat lombong tempat gua,taman kajang utama...dan semalam lak gua baca berita ni dalam harian metro..dalam berita tersebut,seekor anjing telah menyalak memberi saranan, "kita hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak kita..bla..bla..."........

makanya, gua berfikir...

Takkan kita nak jaga anak kita 24/7 tanpa bagi kebenaran mereka bermain diluar? Mana pihak yang berwajib untuk tutup lombong tersebut..ataupun sekurang-kurangnya pagarkan lombong tu? Kes2 budak diculik juga semakin menjadi-jadi..adakah kanak-kanak sekarang sudah tidak selamat bermain diluar rumah kita sendiri? Atau di sekolah?

Apepun, takziah gua ucapkan pada keluarga arwah..

Tuesday, November 3, 2009

mengajar..

Mengajar agama tanpa tauliah itu salah!! Tangkap dia!!
Minum arak dan berdisko tanpa tauliah itu betul!! Bodek dia!!

ikhlas dari : JAIS

Tuesday, October 20, 2009

petang itu...

Hari Sabtu lepas gua ke Central Market untuk jumpa nik bin jidan(credit to jasad beku sebab bawak gua jumpe nik..haha)..dan gua jugak arap meor ada bersama untuk gua beli DRUR (Dari Rakyat Untuk Rakyat)..tetapi gua hampa sebab meor tidak ada kat situ sebab ada keje lain dan dia tak turun untuk busking hari tu..tetapi tidak mengapa, kehampaan gua terubat bila semua buskers memainkan lagu2 yang membuat nostalgia gua kembali terangkat ke kepala..gua stay tengok diorg semua busking sehinggalah show terpaksa berhenti sebab tali gitar nik putus akibat dari permainan "air mata api".Lepas tu?

Lepas tu pegi minumla ape lagi..haha..

Kat meja makan :
Gua suka dengar cerita orang yang berpengalaman..
Gua suka dapat lepak ngan nik..
Gua suka jasadbeku tak mintak gua isi minyak kereta dia..hahaha..
makanya kepala gua pun berfikir..seni itu untuk duit atau perjuangan?

notakaki: seni itu tak ternilai harganya walaupun ia tidak dapat beli sekeping roti canai kosong!

Wednesday, October 7, 2009

kesian azeeeeeeeeez dipukul.....

.
.
.
lihatlah azeez dipukul teruk oleh penyokong PAS..

klik sini dan sini
.
.
.

notakaki: bodoh punya melayu! (betul ke melayu?)..Sialankah aku kalau aku berfikir bahawa aku malu jadi melayu? Bangsatkah aku kalau aku berfikir gempa di Indonesia berlaku kerana kelalaian rakyatnya dan kerana Nordin Mat Top ditembak mati? Allah Maha Besar Tuhan Sekalian Alam..jangan sampai negara Malaysia ini menunggu hukum dari tuhan..

Tuesday, September 29, 2009

PPSMI bahagian 2..

Perkataan kita pada hari ini..

Bahasa Inggeris = Corruption
Bahasa Melayu = Rasuah

Contoh penggunaan :

Ramli sekali lagi dicalonkan sebagai calon di dalam pilihanraya walaupun beliau telah didapati bersalah atas kesalahan rasuah tidak lama dulu.

klik sini

Notakaki: Nampak sangat umno ni tidak serius dalam membanteras rasuah..makanya..akan terkalahla lagi umno buat kesekian kalinya..